Thursday, 28 March 2013

Saya Masih Duta Drive M7 - Zizan Razak

Zizan nafi khabar angin
SELEPAS setahun pelawak, pelakon dan penyanyi popular, Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak, 29, menjadi duta kepada produk minuman isotonik Drive M7 bersama aktor Aaron Aziz, baru-baru ini dikatakan kontraknya sebagai duta produk tersebut tidak disambung.

Khabar angin yang bertebaran mendakwa, tempat Zizan akan digantikan oleh penyanyi Stacy kerana Zizan terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak dapat memberi komitmen terhadap kerja-kerja promosi produk minuman tersebut.
Wartawan menghubungi Zizan semalam untuk mendapatkan pengesahan lanjut. Ikuti temu bual bersama Zizan.
Wartawan : Adakah benar kontrak Zizan bersama produk minuman tersebut tidak disambung?
ZIZAN: Apa yang boleh saya beritahu, sebenarnya tiada masalah langsung antara pihak saya dengan pihak Drive M7. Pihak saya telah menghadiri mesyuarat bersama pihak mereka dan semuanya telah selesai. Tahun ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta produk tersebut dan ia sekali gus menafikan kontrak saya telah ditamatkan seperti yang disebarkan.
Tetap buat promosi untuk M7
Bagaimanakah berita tempat anda akan digantikan dengan Stacy boleh timbul?
Sebenarnya Stacy bukan menggantikan saya, cuma penambahan duta sahaja. Duta terkini, Aaron Aziz dan saya. Tidak lama lagi Stacy dan Fizo Omar akan menyertai kami sebagai duta seiring dengan perkembangan produk itu.
Adakah isu dilucut jawatan sebagai duta ini timbul kerana jadual kerja anda terlalu sibuk sehingga tidak dapat memberi komitmen kepada kerja promosi produk ini?
Itu tidak benar langsung. Walaupun saya sibuk, saya tetap akan berusaha memberi komitmen sebaik mungkin kepada produk yang saya wakili. Contohnya, saya pakai baju Drive M7 dalam program Maharaja Lawak dan program lain yang membenarkan saya pakai baju itu. Sejak saya dan Aaron pakai, baju itu laris dan tidak secara langsung mempromosikan produk minuman itu.
Apakah syarat utama Zizan untuk menerima tawaran sebagai duta?
Tuduhan demand tidak berasas
Memang bayaran itu penting, tetapi saya juga lihat dari sudut adakah produk itu serasi dengan saya? Kalau saya sendiri memang sukakan produk yang diwakili, tidak sukar untuk saya membuat promosi. Selain produk minuman, saya juga duta kepada dua produk makanan serta telah mendapat tawaran daripada sebuah produk antarabangsa yang masih lagi tidak boleh diberitahu.
Sejak bergelar juara program Maharaja Lawak Mega 2012, populariti anda semakin meningkat, adakah Zizan semakin demand?
Saya rasa biasa sahaja, jika saya demand, tentu saya tidak ke mana. Bagaimanapun saya mengaku demand tentang kualiti kerja kerana saya harus menjaga kualiti lakonan dan persembahan jika ingin kekal lama dalam industri seni. Ada sesetengah persembahan saya tidak boleh lakukan lagi kerana penonton akan bosan. Demand seperti diva tidak adalah, nanti saya sendiri yang susah.
Zizan tiada masalah dengan M7
Adakah Zizan telah menyimpan aset untuk masa hadapan hasil pendapatan yang diperoleh?
Aset buat masa ini hanyalah rumah yang dibeli buat ibu bapa saya di Terengganu. Buat diri saya belum lagi kerana sejak tamat program Maharaja Lawak Mega saya terlalu sibuk. Bagus juga sibuk sebab tidak ada masa untuk saya menghabiskan duit (ketawa).
Perkembangan terbaharu Zizan?
Sekarang saya berada di lokasi penggambaran filem Abang Long Fardil yang merupakan watak saya dalam filem KL Gangster yang dikembangkan. Filem yang bakal keluar tahun ini ialah Tokan, Baikers Kental, KL Zombi dan KL Gangster 2.-kosmo

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib