Monday, 18 March 2013

Rumah Dipecah Masuk, Datin Rugi RM1.5 Juta

Gambar hiasan

 Seorang ahli perniagaan bergelar datin kerugian kira-kira RM1.5 juta selepas barang kemas dan mata wang asing dilarikan penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Jalan Lapangan Terbang di sini, kelmarin.

Kejadian itu disedari mangsa yang berusia 63 tahun sebaik pulang ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari. 

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah, mangsa mendapati pintu utama rumahnya rosak dipercayai dipecahkan penjenayah sebelum bergegas masuk untuk membuat pemeriksaan. 

“Mangsa terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak dan pemeriksaan mendapati 10 jam tangan berjenama, dua set barang kemas, mata wang asing dan wang tunai RM2,000 hilang. 

“Mangsa menganggarkan kerugian RM1.5 juta,” katanya. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, yang mengesahkan kejadian itu, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke rumah mangsa sebaik menerima panggilan telefon. 

Katanya, siasatan awal mendapati rumah itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup dan alat penggera keselamatan. 

“Polis akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti penjenayah,” katanya.-beritaharian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib