Tuesday, 5 March 2013

Rooney Mahu Awasi Pergerakan Ronaldo

Wayne Rooney 

Penyerang Manchester United Wayne Rooney menganggap Cristiano Ronaldo adalah pemain yang mampu memberi ancaman besar kepada pasukannya pada perlawanan kedua pusingan kedua menentang Real Madrid namun dia tetap yakin Red Devils mampu mengatasi rakan sepasukannya itu untuk mara.
Ronaldo akan berdepan United di Old Trafford awal pagi esok buat kali pertama sejak dia membuat kejutan dengan rekod perpindahan pemain termahal di dunia AS$120 juta (RM372 juta) ke Bernabeu lebih tiga tahun lalu.
“Saya fikir kami mendapat keputusan baik apabila seri 1-1 pada perlawanan pertama kerana gol di tempat lawan akan memberikan kelebihan kepada kami apabila beraksi di laman sendiri,” kata Rooney yang turut memberikan amaran kepada United supaya merantai pergerakan Ronaldo jika mereka mahu layak ke suku akhir.
Cristiano Ronaldo
“Pastinya Ronaldo,” kata Rooney ketika ditanya mengenai siapakah pemain yang akan memberikan ancaman.
“Dia pemain yang hebat. Saya pernah bermain dengannya dan saya tahu betapa bagusnya dia.
“Dia pemain yang saya kagumi dalam pasukannya sebagai pemain bola sepak dan individu.” Pemain tengah Real Kaka pula percaya peluang mereka belum berkubur meskipun gagal mendapat keputusan baik pada pertembungan pertama.
“Kami berasakan kami sepatutnya menang pada perlawanan pertama tapi sebaliknya terjadi. Sekarang kami perlu pergi ke Old Trafford dengan penuh keyakinan untuk menang,” katanya yang melabel Rooney dan Robin Van Persie adalah pemain yang bahaya. - AFP
Aksi Real Madrid dan MU pada perlawanan lalu

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib