Saturday, 16 March 2013

RM87,000 Lesap Selepas Mesin ATM Dirompak

Info grafik taktik suspek merompak mesin ATM
Sekumpulan penjenayah profesional melarikan wang tunai RM 87,000 dari mesin pengeluaran automatik (ATM) selepas memecah masuk sebuah pasar raya di Seksyen 31, Kota Kemuning, dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu hanya disedari oleh pengurusan pasar raya berkenaan ketika hendak memulakan operasi jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, siasatan mendapati penjenayah menggunakan gas Oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM itu.

"Selain itu, penjenayah turut menyembur cat pada kamera litar tertutup (CCTV) premis dan melarikan rakaman CCTV bagi mengelak identiti mereka dikesan.

"Kita bagaimanapun mempunyai alternatif lain untuk menjejaki mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika ditanya sama ada pasar raya terbabit turut mengalami kerugian, Zahedi berkata, penjenayah menumpukan untuk melarikan wang dari mesin ATM itu sahaja.-sinaharian

Gambar hiasan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib