Tuesday, 12 March 2013

Pergaduhan Sebabkan Kematian Pengawal Disko

Gambar hiasan
Seorang pengawal kelab malam maut dalam pergaduhan membabitkan dua lelaki dipercayai akibat dendam lama dalam kejadian di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusof berkata mangsa dikenali sebagai K. Kannan, 29, yang menetap di Taman Desa Utama di sini, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
   
Beliau berkata dalam kejadian 1 pagi tadi, mangsa dikatakan dipukul dua lelaki dalam pergaduhan yang bermula di dalam tandas kelab malam itu sebelum berlarutan sehingga di hadapan pentas kelab berkenaan.
   
"Sisatan polis membawa kepada penahanan empat suspek berumur antara 25 dan 35 tahun serta merampas beberapa helai baju termasuk satu daripadanya mempunyai kesan darah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Mohamad berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga 17 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
   
Mengulas lanjut, beliau berkata polis masih belum memperoleh laporan lengkap punca kematian mangsa namun pemeriksaan awal pihak hospital menemui dua kesan tikaman di bahagian perut kanan dan leher.
   
"Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian dan menunggu laporan bedah siasat ke atas mangsa," katanya.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib