Saturday, 16 March 2013

P Balasubramaniam Penyiasat persendirian Meninggal Dunia Semalam

Gambar P.Balasubramaniam sebelum meninggal

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, yang menjadi perhatian ekoran pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu, meninggal dunia hari ini dipercayai kerana masalah jantung.
Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang hari ini.
Mendiang sepatutnya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dari rumahnya di Rawang pada kira-kira 1.30 petang ini.
Mendiang dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tempoh tiga minggu dan dibenarkan keluar dari hospital itu Selasa lepas.
Mendiang pulang ke tanah air beberapa minggu lalu selepas menetap di luar negara sejak 2008.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, Balasubramaniam meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Sg Buloh.
Menerusi Twitternya, beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi PKR berkata,mendiang yang lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia kerana serangan jantung.

Katanya, mendiang yang dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) minggu lalu mengalami masalah pernafasan di rumahnya petang ini.

Semasa beliau dimasukkan ke SJMC minggu lalu, beliau disahkan mengalami masalah tiga saluran tersumbat dan separuh daripada jantungnya berhenti berdenyut sehingga memaksanya 'berehat' daripada berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mendiang juga merupakan individu penting dan berperanan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes Altantuyaa.-sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib