Saturday, 2 March 2013

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Polis Terkorban

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan sedih dengan kematian dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (VAT 69) dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam.

Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman Twitternya malam tadi.

"Saya turut berasa sedih di atas terkorbannya dua anggota VAT 69 Polis di Lahad Datu. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya (mereka berdua). Al-Fatihah," katanya.

Kejadian kira-kira 10 pagi itu menyaksikan dua anggota komando polis berkenaan terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata terbabit turut maut.

Ia turut mencederakan tiga lagi anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib