Tuesday, 19 March 2013

Mantan MB Perak Nizar Sah Tanding Changkat Jering

Mohammad Nizar Jamaluddin
Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya terjawab apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi berkenaan.

Sumber dalam Pas memberitahu, pengumuman mengenainya akan dibuat Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain.

"Ya, perkara itu (Nizar tanding di Dun Changkat Jering) akan diumumkan  di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Markas Pas Ayer Kuning malam nanti (semalam)," kata sumber itu kepada Sinar Harian, semalam.

Polemik pencalonan Mohammad Nizar muncul sejak bulan Jun tahun lalu ia ditimbulkan beberapa laman blog tempatan  yang mencadangkan Adun Pasir Panjang itu bertanding di Dun Changkat Jering.

Pada Rabu lalu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan beraninya mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon Pas di kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.


Adun Changkat Jering sekarang

Kemudiannya, Mohammad Nizar yang ditanya mengenai pengumuman itu menganggap ia sebagai tindakan nakal Pemuda Pas Perak.

Berdasarkan rekod, kerusi Dun Changkat Jering sehingga 2004 diwakili oleh Pas, bagaimanapun pada tahun 2008, Pas memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dan menang menewaskan calon Umno.

Malangnya, pada 2009, penyandangnya, Kapten (B) Mohd Osman Jailu (gambar kiri) bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas dengan menyokong Barisan Nasional (BN) bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong.-sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib