Monday, 25 March 2013

Malaysia Bersedia Layan Palestin


Kyril Muhaimeen sebagai supersub
Selepas menang tipis ke atas Yaman 2-1 pada kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu, skuad Harimau Malaya akan berdepan Palestin di Stadium Darul Makmur, malam esok.
Perlawanan persahabatan amal antarabangsa itu bertujuan mengutip dana bagi tabung kemanusiaan Palestin dan membantu keluarga wira negara yang terkorban atau cedera dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.
Penolong Setiausaha Agung FAM Datuk Ahmad Fuad Daud berkata perlawanan amal itu anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta FAM dengan tema ‘Suara Malaysia, Perlawanan untuk Harapan’.
“Tiket perlawanan RM20 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak berusia bawah 12 tahun), manakala RM150 untuk tempat duduk kenamaan atau VIP,” katanya.
Ahmad Fuad berkata, ketiadaan tonggak dari Kelantan dan PKNS itu tidak akan mengganggu persembahan pasukan kebangsaan.
Seramai 24 pemain dan pegawai pasukan Palestin tiba di Kuantan petang semalam dan akan turun berlatih di Stadium Darul Makmur petang ini.
Kali akhir skuad negara bertemu Palestin adalah pada kelayakan Piala Dunia 2002 di Doha, Qatar yang menyaksikan Malaysia tewas 3-4.
Perlawanan amal itu akan disaksikan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah, Duta Besar Palestin ke Malaysia Abd Elaziz Abu Ghoush dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib