Saturday, 9 March 2013

Mahkamah tangguh hukuman bibik lambung bayi

Yuliana dan peguam bela
Keputusan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dikenakan terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia, Yuliana, 23, yang didapati bersalah menghempas, melambung dan menganiaya bayi majikannya berusia empat bulan, 19 Februari lalu ditetapkan 12 Mac depan.

Permohonan dikemukakan peguam T Viyayandran yang dilantik Kedutaan Indonesia bagi membolehkan  pembantu rumah itu dihantar ke hospital psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menetapkan keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Viyayandran.

Pada 19 Februari lalu, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman itu terhadap Yuliana selepas dia mengaku bersalah pertuduhan menghempas, melambung dan menganiaya bayi, Mohamed Hareez Mohamed Zamri, di kediaman ibu bapa mangsa di Nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini,15 Februari lalu.

Dalam prosiding semalam,  Vijayandran memaklumkan kepada mahkamah bahawa perlakuan dan tindakan anak guamnya terhadap bayi berkenaan menunjukkan tanda bahawa wanita itu mengalami gangguan mental.

Aksi tertuduh melambung bayi menimbulkan kemarahan orang ramai
“Tindakannya  terhadap bayi itu  bukan satu kelakuan normal dan jelas di luar  kewarasan kerana haiwan pun tidak melakukan perkara itu terhadap anaknya.

“Anak guam saya juga memiliki rekod rawatan psikiatri di sebuah hospital di Medan beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa tempoh tahanan reman terlalu singkat dan keadaan mentalnya jpasti tidak stabil ketika soal siasat dilakukan.

“Sepatutnya dia dihantar menjalani pemeriksaan mentalnya terlebih dulu sebelum siasatan atau pendakwaan dijalankan ke atasnya.

“Selain itu semasa pertuduhan dikemukakan disusuli dengan hukuman, dia  juga tidak diwakili peguam  dan tiada wakil Kedutaan Indonesia yang hadir bagi menasihatinya,” katanya.-sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib