Tuesday, 26 March 2013

(Video) Kelantan Selesa Ke Suku akhir Piala FA

Pemain Kelantan meraikan gol

Gelanggang keramat skuad Kelantan - Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bergema dengan 
sorakan padu kira-kira 25,000 penonton setia yang mencetus api cabaran anak didik Bojan Hodak untuk mengesahkan tiket ke suku akhir Piala FA, musim ini.

Bantuan bermoral itu menyaksikan The Red Warriors tampil memperagakan aksi garang membenam PKNS 4-2 dalam saingan pusingan kedua yang tertangguh sebelum ini.

Gelanggang mula menjadi bising seawal minit keempat perlawanan apabila rembatan kencang Mohd Faiz Subri dari luar kotak penalti meletakkan Kelantan di depan dan selang tiga minit kemudian kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya membuat rembatan cantik dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol PKNS, Mohd Remezy Che Ros untuk kedudukan 2-0. 

Kelantan ternyata belum berpuas hati dengan dua jaringan itu apabila Obinna Nwaneri menambah gol ketiga tuan pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti selepas Mohd Faiz dikasari pertahanan PKNS, Mohd Aminuddin dalam kotak penalti sebelum pelawat merapatkan jurang minit ke-25 menerusi tandukan bekas pemain Kelantan, Nizad Ayub.

Pada minit ke-32, pertahanan pelawat dihukum lagi apabila pemain pertahan, Helmi Remeli tertampan ke gawang sendiri ketika menyelamatkan hantaran lintang Indra Putra Mahayuddin dan meletakkan Kelantan selesa mendahului 4-1 di separuh masa pertama.

Helmi Loussaief berjaya merapatkan gol kedua buat PKNS apabila tenang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-50.-berita harian,gambar fb kelantan Fans Club



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib