Thursday, 14 March 2013

Kelantan Bawa Pulang 3 Mata, Selangor Seri

Doe jaring gol pertama Selangor

Kerapuhan pertahanan menghalang impian Selangor membawa pulang tiga mata penuh buat kali pertama dalam saingan Piala AFC 2013 apabila diikat oleh kelab Singapura, Tampines Rovers 3-3 di Stadium Shah Alam, semalam.

Walaupun mendahului tiga kali, anak-anak buah Irfan Bakti gagal mengekalkan fokus tiap kali memimpin perlawanan yang membuka ruang kepada lawan memperolehi jaringan sekali gus menyukarkan laluan Selangor untuk memburu laluan ke peringkat seterusnya.

Keputusan seri itu bermakna Selangor dan Tampines sekadar berkongsi satu mata dengan menduduki dua tangga terbawah Kumpulan H sementara wakil Vietnam, Sai Gon Xuen Thanh berada di tangga teratas mengumpul empat mata bersama East Bengal dari India.

Dalam satu lagi perlawanan yang melibatkan wakil Malaysia, Kelantan berjaya mencatat kemenangan pertama dalam Kumpulan G di Stadium Yangon menewaskan Ayeyawady United, 3-1.


Apek berjaya menangkap bola kemas

Penyerang dari Australia, Dimitrios Petratos membantu Kelantan kembali ke dalam persaingan Piala AFC apabila menjaringkan dua gol untuk pasukannya menang 3-1 ke atas juara Myanmar, Ayeyawady United di Yangon malam tadi.

Ini merupakan kemenangan pertama skuad Red Warriors dalam Kumpulan G selepas hanya seri 1-1 dengan wakil Maldives, Maziya pada perlawanan pembukaan mereka minggu lepas.

Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam kekalahan 3-1 Red Warriors kepada Ayeyawady dalam kejohanan ini di gelanggang yang sama tahun lalu.

Kejayaan itu meletakkan Kelantan, juara tiga piala tempatan musim lalu, di tempat kedua Kumpulan G.

Mereka berada dua mata di belakang SHB Da Nang, yang menewaskan Maziya 3-2 dalam satu lagi perlawanan.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib