Sunday, 31 March 2013

Harimau Malaya Perlu Segera Bangkit

Shabery Cheek kecewa aksi Malaysia
MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sesuatu yang drastik perlu dilakukan terhadap skuad bola sepak negara bagi memulihkan sokongan peminat tempatan.

Menurut beliau, jika itu tidak dilakukan pada kadar segera, peminat mungkin akan kembali meminggirkan Harimau Malaya ekoran prestasinya yang semakin hambar.
"Sekarang ini pun orang dah mula tak berapa nak tengok pasukan Malaysia bermain yang akhirnya dikhuatiri peminat untuk skuad bola sepak negara akan hilang," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini sebagai mengulas kekalahan skuad negara kepada Palestin dalam perlawanan persahabatan di Kuantan, baru-baru ini.
Ahmad Shabery berkata peminat sudah tidak mahu mendengar pelbagai alasan, sebaliknya ingin melihat pasukan negara menang atau mempamerkan kualiti permainan yang menarik.
"Alasan bila sekali dua kalah tidak mengapa, tetapi kalau sudah berkali-kali kalah, peminat sudah tidak boleh terima lagi alasan," katanya.
Terdahulu, beliau mewakili pasukan bola sepak kementeriannya menentang pasukan bola sepak Parlimen Paya Besar di sini, yang berkesudahan pasukannya menang 7-1.
Rajagopal salahkan kehadiran pemain import
Sementara itu bercakap kepada pemberita di KEMAMAN, Terengganu, Ahmad Shabery berkata beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukan nasib Datuk K. Rajagobal sebagai pengendali skuad kebangsaan.
Katanya, FAM perlu membuat keputusan bijak demi masa depan skuad Harimau Malaya yang semakin lesu.
Mengenai isu Rajagobal melanggar Artikel 88 Statut FAM, Ahmad Shabery berkata beliau percaya perkara berkenaan akan dapat diselesaikan secara baik oleh FAM.
Media sebelum ini melaporkan Rajagobal berdepan dengan tindakan FAM susulan kenyataannya mengkritik dasar badan induk bola sepak itu membenarkan pemain import dalam Liga Malaysia yang dikatakan punca bola sepak negara kini ketandusan pemain penyerang berbisa. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib