Tuesday, 12 March 2013

Gaji Naik Untuk Kakitangan Awam - PM

Najib umum bonus kakitangan awam

Kerajaan mengumumkan kenaikan gred gaji baru bagi pegawai dan anggota tentera serta polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam Sistem Saraan Baru (SSB).

Pelarasan yang dinamakan Sistem Saraan Transformatif (SST) itu akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai sebelum ini, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Beliau berkata, pelarasan gaji bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu bakal memanfaatkan 233,192 anggota pasukan keselamatan di seluruh negara, iaitu 109,209 PDRM dan 123,983 ATM. 

Pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM kini disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Ia mencakupi perubahan skop fungsi tugas khas, struktur pangkat dan kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM serta PDRM, katanya.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Farida Mohd Ali.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan setuju menambahbaik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana kakitangan awam dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

Katanya, pelaksanaan penambahbaikan itu berasaskan kecemerlangan yang akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak.

Polis dan tentera turut dapat kelebihan
Di samping itu, kerajaan secara prinsipnya bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi bagi menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang.

Kaedah pelaksanaannya, termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru itu akan diperincikan sebelum dilaksanakan, katanya.

Najib turut menyampaikan berita gembira kepada 182,434 penjawat awam yang berada pada tangga gaji maksimum dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan dengan mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan, berkuat kuasa 1 Januari 2013 untuk semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum.

Selain itu, semua penjawat awam menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT yang dipercepatkan pada 1 Julai 2013 dengan setiap penjawat awam mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji masing-masing, membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.

Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada pada gaji maksimum, katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyambung perkhidmatan hampir 50,000 kakitangan awam kontrak selama setahun lagi apabila kontrak mereka tamat pada 31 Disember depan sementara menunggu kajian menyeluruh berhubung perkara itu dilaksanakan.-bharian

3 comments:

  1. Hiya! I just would like to give a huge thumbs up for
    the nice information you will have here on this post. I might be
    coming again to your blog for more soon.

    Check out my web-site :: SEO

    ReplyDelete
  2. Good day! I simply wish to give an enormous thumbs up for the good information
    you might have here on this post. I will be coming back to your weblog for more soon.


    my web site amd sempron am3 supports windows 7

    ReplyDelete
  3. Hello! I just wish to give a huge thumbs up for
    the great information you could have right here on this post.
    I will likely be coming back to your blog for
    extra soon.

    Also visit my website :: semolina flour recipes

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib