Sunday, 10 March 2013

FAM Perlu Kaji Semula Mutu Pengadilan - Shabery Cheek

Shabery Cheek
MENTERI  Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula mutu pengadilan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pasukan dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.
   
Beliau berkata ramai pihak kini rancak mempertikaikan kualiti pengadil musim ini selepas ramai pemain dilayangkan kad merah sehingga memaksa sesetengah pihak termasuk penyokong mengeluarkan kenyataan mengkritik FAM.
   
"Saya bimbang sekiranya terlalu ramai pemain yang dilayangkan kad merah hanya kerana berlaku sedikit kesilapan, selepas ini tidak ada lagi pemain yang ingin menyertai saingan liga berkenaan," katanya di Kemaman, hari ini.



T.Ismail digantung 6 bulan kerana kritik pengadil
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Resort World Kijal di sini.
   
Shabery berkata pihaknya tidak mempertikaikan keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan tetapi ingin mahu FAM melihat semula kualiti sistem pengadilan secara menyeluruh.
   
Sejak akhir-akhir ini, kualilti pengadil dalam saingan Liga Malaysia musim ini semakin menjadi perhatian apabila keputusan mereka dalam beberapa perlawanan sering menimbulkan rasa tidak puas hati pasukan dan penyokong. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib