Thursday, 14 March 2013

Effa Owona Mahu Buktikan Dirinya Masih Berbisa

Owana menentang bekas pasukannya N.Sembilan
Tidak mahu dirinya dilabel pemain parasit dalam pasukan Terengganu, Jean Emmanuel Effa Owona tekad memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan terutama aksi menentang Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Larkin, Johor, 30 Mac ini.

Menurut pemain kelahiran Cameroon itu yang baru meledak empat gol Liga Super dan dua gol Piala FA, prestasi tidak konsisten musim ini berpunca daripada kecederaan selain kelibatnya sering dibayangi pertahanan lawan yang merantainya setiap kali turun beraksi.

Owana mahu bentuk pesefahaman yang kuat
“Saya sentiasa bersemangat untuk menang setiap kali bermain, namun kecederaan dan mungkin pertahanan lawan sudah mengetahui corak permainan saya ketika mewakili Negeri Sembilan membuatkan saya tidak bebas bergerak untuk menghasilkan gol.
“Bagaimanapun, saya berjanji menghasilkan jaringan setiap kali diturunkan terutama menentang pasukan termahal Liga Super yang mempunyai ramai pemain berkaliber hujung bulan ini,” katanya.

Kelmarin, Arena Metro melaporkan kritikan dilempar penyokong yang mendakwa aksi bekas penyerang import skuad Rusa itu tampak kurang bermaya terutama ketika menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat lalu.

Aksi Effa Owana lawan Selangor
Peminat fanatik menggesa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memandang serius perkara itu supaya tidak merugikan pasukan selain memberi kepuasan kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan padu.
Sementara itu, Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh berkata, kecederaan Effa Owona membuatkan pemain itu tidak begitu berbisa apabila berada di depan gawang lawan.

“Corak yang dipamerkannya sudah boleh dibaca lawan membuatkan dia sering dikawal. Walaupun baru menghasilkan enam jaringan, corak permainannya setakat ini tidak mengecewakan dengan gerakan yang membolehkan pemain lain meledak gol,” katanya.-hmetro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib