Thursday, 28 March 2013

Datuk K.Rajagobal Bakal Dihukum

Rajagopal bakal berdepan hukuman
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.
Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepada
jurulatih berusia 56 tahun itu kerana didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.
"Kita mempunyai merit untuk menghantar surat pertuduhan kepada beliau (Rajagobal) kerana melanggar Artikel 88 selain turut meneliti laporan beberapa
akhbar tempatan mengenai kenyataan beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Taufik berkata, prosedur sama akan turut digunakan dalam kes Rajagobal bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
"Surat pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh yang akan ditetapkan Jawatankuasa Tata Tertib.
"Beliau perlu menjawab surat berkenaan bersama Borang A (pengakuan bersalah) dan Borang B (pengakuan tidak bersalah)," katanya.
Rajagobal sebelum ini dilaporkan berkata kekalahan 1-4 skuad Harimau Malaya di tangan Arab Saudi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 17 Mac lepas disebabkan kekurangan sifat-sifat penyerang semula jadi dalam pasukan kendaliannya.
Beliau dikatakan turut mengaitkan kekalahan skuad bimbingannya itu dengan lambakan pemain import dalam kancah saingan Liga Malaysia musim ini. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib