Thursday, 28 March 2013

DAP syor Dun negeri Pakatan dibubar serentak

Lim Kit Siang
Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk kemudahan pengundi.
Di antara empat negeri di bawah Pakatan Rakyat beliau berkata, Dun Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.
Pembubaran serentak adalah untuk tidak menimbulkan kesulitan kepada para pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah di sini hari ini.
Kit Siang berkata, beliau akan menyampaikan pandangannya mengenai perkara tersebut pada mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur nanti.  - Bernama


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib