Tuesday, 5 March 2013

Bendera Malaysia Dibakar Di Manila Filipina

Di kota Manila dikejutkan insiden bakar bendera Malaysia iaitu jalur gemilang oleh rakyat Filipina. Ia mungkin untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan Malaysia dengan perkembangan terbaru yang berlaku di Lahad Datu. Apa yang pelik adalah Perang Lahad Datu ini sebenarnya dimulakan dulu oleh pihak penceroboh Sulu terhadap penduduk dan wilayah Lahad Datu. Oleh itu tidak sepatutnya mereka marah kepada Malaysia dalam isu ini dan perlu menyalahkan rakyat merek sendiri kerana melakukan pencerobohan terhadap wilayah negara lain. Diharapkan rakyat Malaysia bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun ini. 

 Pada pagi tadi, dalam pukul 7, TUDM telah melakukan serangan udara ke kg. Tandou disusuli dengan serangan mortar. Apa-apa perkembangan terbaru yang berlaku di wilayah Lahad Datu akan diupdate dalam masa terdekat.

-amazingnara

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib