Monday, 18 March 2013

Bas dua alam Tokyo dilancar


Sky Duck bersedia meluncur
 Bas amfibia pelancong pertama di Tokyo mula beroperasi semalam membawa 40 penumpang mengitari jalan raya di kawasan timur bandar raya itu sebelum menyusuri Sungai Naka untuk sesi ‘Perjalanan Air Tokyo’ selama 100 minit.
Dua bas berkenaan yang bergelar ‘Sky Ducks’ berlepas dari mercu tanda baru Tokyo iaitu Skytree, menara komunikasi tertinggi di dunia dengan ketinggian 634 meter. Bas pesiaran amfibia yang sama sudah pun beroperasi di bandar raya Osaka di barat negara itu dan beberapa pusat tarikan pelancong lain di Jepun. Tokyo akhirnya menyertai bandar raya utama lain di dunia menyediakan khidmat seumpamanya, 10 bulan selepas Skytree dibuka kepada orang ramai.

Harga tiket adalah 2,800 yen (RM91) untuk dewasa dan 1,400 yen (RM45) untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Bas yang berukuran 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar itu bergerak selaju 100 kilometer sejam di daratan dan hingga 13 kilometer sejam di permukaan air.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib