Saturday, 9 March 2013

Ashaari Samsuddin Dipilih Pemain Sayap Kiri Terbaik Asia Februari 2013

Ketika bantu kalahkan ATM
Pemain sayap Terengganu yang mendapat jolokan 'silent killer', Ashaari Samsuddin telah dipilih sebagai pemain sayap kiri terbaik asia bagi bulan februari 2013 oleh laman web sukan goal.com. Ia ekoran daripada persembahan yang konsisten beliau bersama pasukan Terengganu yang telah berjaya mendapat kemenangan 3 kali berturut-turut sejak menewaskan pasukan Pulau Pinang pada pusingan kedua Piala FA peringkat kalah mati bulan lalu. Beliau sememangnya pemain yang berkebolehan beraksi sama ada posisi sayap kanan atau kiri.
Ketika Malaysia Juara AFF 2010

Ashaari diiktiraf sebaris dengan bintang-bintang asia yang lain dalam pasukan asia pilihan (dream team) bagi bulan februari bersama nama-nama besar yang lain seperti Zhang Linpeng (China), waleed Abbas (UAE), Ki Sung Yueng (Korea Selatan) dan ramai lagi. Turut tersenarai dalam pasukan itu iaiah pemain LionsXII Baihakki Khaizan bagi posisi pertahanan tengah. Ini article tentang Ashaari Samsuddin di laman web goal .com tersebut.



'Ashaari "Silent Killer" Shamsuddin capped some fine individual performances this month, persistently tormenting full-back on the flanks with his nifty footwork. The 27-year old also scored a brace against the might ATM, a last-gasp winner among them.

The attacking winger has really stepped up his game this season and now has the goals to boast alongside his fancy tricks. His rich vein of form has been awarded with a call-up to the national team as well as to our Asian Team of the Month.'

Ashaari Samsuddin
Diharapkan beliau mendapat tempat dalam skuad negara kendalian Datuk K.Rajagopal yang dalam persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia yang akan bertemu pasukan Yaman pada 22 mac di Stadium Shah Alam. Sebelum itu Malaysia dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Arab Saudi pada 17 mac di stadium yang sama dan satu perlawanan amal bertemu pasukan Palestin di Stadium Darul Makmur pada 26 mac. 

Sokongan yang berterusan kepada pasukan Harimau Malaya amat ditagih dalam menaikkan semangat dan moral pasukan dalam mengharungi perlawanan yang sukar dan getir itu.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib