Saturday, 9 March 2013

Apa Yang Menyebabkan Penyanyi Nouri Bunuh Suami?

Nouri ketika bersama suami
Punca penyanyi wanita Nouri Ramli bunuh suami sendiri. Memang sangat mengejutkan apabila menerima berita artis yang sanggup membuat suami sendiri terkorban. Nouri dikatakan membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.
Nouri popular pada 1990-an


Dalam kejadian jam 5 petang, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian. Pihak polis bergegas ke tempat kejadian hasil maklumat awam dan menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia. Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan.-melvister



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib