Monday, 11 March 2013

Annuar Musa Kecewa Aksi Longlai Kelantan

Anuar Musa Kecewa Aksi TRW
Keputusan yang mengecewakan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini dan kedudukan merosot dalam liga  menimbulkan seribu satu tanda tanya kepada peminat bola sepak Kelantan sama ada mampukah The Red Warrior mempertahankan kejuaraan treble yang dimenangi musim lalu. Siapakah perlu dipersalahkan yang menyebabkan prestasi pasukan yang merudum ini. Jurulatih, pengurus, pemain atau kepimpinan pengurusan?

Disebalik kemeriahan bola sepak tempatan dengan kehadiran pemain import bertaraf dunia dan usaha pasukan - pasukan  memantapkan barisan pemain, Kelantan gagal memberi saingan yang sengit dalam liga super musim ini.

Selepas kekalahan  0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memberi amaran keras kepada pemainya yang dilihat gagal menyerlah dalam saingan Liga Super 2013.

Jelas Annuar, sekiranya sasaran yang diletakkkan oleh persatuan itu gagal dicapai, maka orang yang terlibat harus bertanggungjawab  dengan apa yang terjadi.

Barisan pemain lawan Lions Xii
"Cukuplah alasan-alasan yang diberikan. Meskipun diberi segala-galanya dari musim lalu, tapi hasil amat menyedihkan.

"Jadi, jika KPI tidak dapat dicapai oleh orang yang dipertanggungjawabkan, maka pihak yang terlibat harus bertanggungjawab," kata Annuar di laman Facebooknya sejurus selepas perlawanan kelmarin.

Beliau berkata demikian kerana prestasi anak buah Bojan Hodak yang terus gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila pasukan itu hanya meraih dua kemenangan dalam 10 perlawanan setakat ini.

Kelantan mencatat kekalahan ketiga apabila tewas 0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Keputusan itu meletakkan Kelantan di kedudukan kelapan dengan mengutip 11 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.
K.Mandjou gagal beri impak

Mengulas lanjut, Annuar berkata,"sangat mengecewakan melihat The Red Warriors (TRW) beraksi malam tadi (kelmarin). Tak tahu apa lagi yang perlu dikata."

Annuar turut menjelaskan pergerakan yang lembik dilihat paling ketara dalam barisan pemain Kelantan.

"Tiada variasi dalam serangan dan pertukaran pemain yang dibuat sangat membinggungkan.

"Beberapa pemain baru juga tidak bermain mengikut tempo dan rentak TRW. Ia jelas pergerakan yang lembik," kata Annuar yang semakin resah dengan prestasi pasukan itu.-sinar, fb lions xii

1 comments:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib