Saturday, 30 March 2013

Angka Anak Luar Nikah Meningkat Di Malaysia


Heng Seai Kie bertanya sesuatu kepada penduduk.
Pasangan suami isteri diminta mendaftar perkahwinan secara sah dalam usaha menangani dan mengurangkan kadar kelahiran anak tidak sah taraf.
Penasihat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, mengikut statistik dari tahun 2007 hingga 2011, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf di seluruh negeri meningkat.

“Tahun 2007, jumlah kelahiran dicatatkan 44,234 kes dan bertambah menjadi 53,788 kes tahun 2011.

“Ia berpunca apabila pasangan suami isteri tidak mendaftarkan perkahwinan mereka. Mereka perlu lebih bertanggungjawab kerana ia penting demi masa depan anak yang dilahirkan.
Antara statistik anak tak sah taraf
“Jika tidak anak-anak berdepan masalah dari sudut kewarganegaraan, keturunan, agama dan sekolah mereka,” katanya kepada pemberita.

Beliau hadir meninjau Kaunter Aduan Masalah berkaitan Surat Beranak dan Kad Pengenalan Diri di Pusat Khidmat MCA Bahagian Gelang Patah, di sini, semalam.

Seai Kie berkata, pusat perlindungan yang menempatkan anak-anak yatim tidak memiliki sijil kelahiran juga dinasihatkan membantu golongan itu.

“Sebagai contoh, jika anda didatangi seorang bayi yang ditinggalkan, lapor kepada polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kempen memerangi seks bebas
“Jangan biar anak-anak ini membesar tanpa taraf kewarganegaraan. Mengapa kesalahan yang dilakukan ibu bapa mereka perlu dibebankan di bahu anak ini seumur hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh Siew Hock berkata, pembukaan kaunter aduan itu bertujuan membolehkan masyarakat yang ada masalah berkaitan surat beranak dan pengenalan diri boleh membuat rujukan.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib