Monday, 25 March 2013

Anak Pelakon Salina Saibi Jadi Heroin

Kisah anak Salina mendapat liputan media
“Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Saya tidak sangka Kiera berani tarik tangan budak lelaki yang hampir lemas sehingga menyelamatkan nyawanya,” kata pelakon Salina Saibi mengenai keberanian anaknya, Farah Syakira, 4, menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki terjatuh dalam kolam renang di kediamannya, di sini, kelmarin.


Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira 7 malam di kawasan kediaman satu kondominium di Cheras. Farah Syakira atau Kiera bersama ibunya, Salina ketika itu mengadakan parti barbeku di kawasan berdekatan kolam renang terbabit.

“Saya ketika itu bersembang dengan jiran dan terdengar orang bising berkata ada budak jatuh ke dalam kolam renang. Ketika kejadian, saya melihat ada lima budak lain tetapi hanya Kiera yang berani selamatkan budak itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Salina, 31, berkata, budak lelaki yang hampir lemas itu terjatuh selepas dipercayai ditolak rakannya. Akibat kejadian cemas itu, kanak-kanak lain terkejut dan tidak mampu membuat apa-apa.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana Kiera begitu berani menarik tangan budak lelaki itu ke tepi kolam renang. Bapa budak lelaki itu turut mengirimkan SMS mengucapkan jutaan terima kasih dan menyatakan tidak tahu apa akan berlaku jika Kiera tiada,” katanya.
Adik Farah Syakira

Pelakon popular menerusi drama Gerak Khas ini menyatakan kejadian Kiera menyelamatkan kanak-kanak lelaki terbabit menjadi bualan hangat di kawasan kediamannya sehingga mendapat jolokan Kiera heroin.

“Selepas selesai kejadian itu, saya bertanya pada Kiera mengapa dia berani melakukan tindakan itu. Dia menjawab, Kiera ‘super girl’ dan sayang abang,” katanya.

Salina berkata, kejadian itu berlaku sehari selepas Kiera menyambut hari jadi keempat pada Sabtu lalu. Dia yang turut terkejut dengan tindakan anaknya itu turut berbangga dengan keberanian anaknya yang menjadi contoh kepada masyarakat.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib