Wednesday, 6 March 2013

Akhirnya Piya Dipanggil Sertai Skuad Negara

Badri Radzi atau Piya

Mungkin mahu mengambil hati peminat bola sepak tanah air, ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagopal membuat kejutan dengan memanggil ketua pasukan Kelantan Badri Radzi atau Piya menjalani latihan dan pemilihan skuad negara sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015.
Keputusan memanggil kapten The Red Warriors (TRW) yang mengetuai pasukan meraih tiga kejuaraan musim lalu itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana sepanjang membimbing skuad negara sejak 2009, Rajagobal tidak pernah memanggil pemain tengah itu.

Malah aksi pertama dan terakhir Piya menyarung jersi kebangsaan adalah ketika mewakili Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea di Kuala Lumpur pada 2011 di bawah bimbing Ong Kim Swee.
Selain Piya, 26 lagi pemain turut dipanggil menjadi latihan dan pemilihan skuad negara dengan penyerang Norshahrul Idlan Talaha serta pemain tengah, Safiq Rahim dipanggil semula selepas tidak tersenarai untuk pertemuan kelayakan Piala Asia bertemu Qatar.
Datuk K.Rajagopal

Norshahrul ketika itu berdepan dengan kecederaan sementara Safiq perlu memenuhi hukuman penggantungan perlawanan antarabangsa selepas menerima kad merah ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 23 Julai 2011.

Bintang Johor Darul Takzim, Safee Sali pula terus diketepikan kerana difahamkan mengalami kecederaan, mengulangi nasibnya ketika sisihkan pada pertemuan dengan Qatar akibat masalah kecederaan juga.
Sementara itu penyerang Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad yang sebelum ini diberi peluang beraksi di Qatar, tiada dalam senarai 27 pemain yang dipanggil semalam, termasuk dalam senarai menunggu.
Aksi Piya yang konsisten

Manakala penyerang Pahang, Fauzi Roslan yang dilihat cemerlang pada awal saingan Liga Super dan dibawa ke Qatar sebelum ini, hanya diletakkan dalam senarai menunggu bersama-sama 13 lagi pemain lain.
Semua pemain yang terpilih perlu melaporkan diri pada Isnin ini di Wisma FAM.

Skuad negara akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Arab Saudi pada 17 Mac serta kelayakan Piala Asia bertemu Yemen pada 22 Mac.

Anak buah Rajagobal kemudian akan mengadakan perlawanan bola sepak amal bertemu Palestin bagi mengumpul dana untuk rakyat Palestin pada 26 Mac.-harian metro


Skuad kebangsaan Malaysia akan beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan Arab Saudi pada 17 Mac ini sebelum bertemu Yemen pada 22 Mac. Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil:

1. Khyril Muhymeen
2. Farizal Marlias
3. Yong Kuong Yong
4. Abdul Hadi Yahya
5. Mahalli Jasuli
6. Norazlan
7. Amri Yahyah
8. Asraruddin Putra
9. Shukur Jusoh
10. Aidil Zafuan
11. Norshahrul Idlan Talaha
12. Safiq Rahim
13. Azamuddin Akil
14. Gopinathan
15. Khairul Fahmi Che Mat
16. Nik Shahrul Azim
17. Shakir Shaari
18. Badhri Radzi
19. Faizal Muhammad
20. Ashari Samsuddin
21. Zubir Azmi
22. Manaf Mamat
23. Amirizdwan Taj
24. K.Reuben
25. Helmi Remeli
26. Fadhli Shas
27. Wan Zack Haikal 

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib