Monday, 4 March 2013

Akademi Peteh Terengganu Bantu Kutip Derma Bayar Denda

Insiden penonton lontar objek
AKADEMI Bolasepak Peteh Kids Terengganu (ABPKT) akan mengutip derma bagi membantu Persatuan Bola sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melangsaikan denda RM50,000 yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lepas.

Pengarah ABPKT, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, pihaknya akan menyediakan tabung derma untuk peminat menghulurkan derma atau sumbangan kepada PBSNT.

"Tujuan kita menyediakan tabung derma itu bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh PBSNT untuk membayar denda tersebut," katanya semalam.

Pada Khamis lepas, PBSNT dikenakan denda tersebut atas tiga kesalahan mengenai isu keselamatan semasa perlawanan Liga Super antara Terengganu dan Selangor pada 15 Januari lepas.

Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah balingan objek seperti botol semasa perlawanan dan serpihan konkrit yang mengenai penolong pengadil di samping kegagalan tuan rumah menyediakan aspek keselamatan.

Wan Mohd Azmi berkata, tabung berkenaan akan diletakkan di semua pintu masuk Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini pada setiap perlawanan pasukan Terengganu bermula Jumaat depan.

"Setelah cukup RM50,000, kami akan serahkan wang itu kepada PBSNT untuk dibayar kepada FAM," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib