Wednesday, 27 March 2013

Adik Curi Duit Loteri RM3 juta

Gambar hiasan
Seorang suri rumah yang memenangi wang loteri RM3 juta November tahun lalu kempunan apabila semua wang itu dikaut adik perempuannya. 

Tindakan itu berlaku selepas adik perempuannya yang berusia 42 tahun, mengetahui tempat kakaknya menyorokkan tiket loteri terbabit.

Sumber berkata, mangsa yang berusia 45 tahun itu hanya menyedari tindakan adik perempuannya itu selepas dia dan keluarga pulang bercuti dari Genting Highlands hujung November lalu. 

“Mangsa dan adiknya pergi bercuti ke Genting Highlands dan mangsa bercerita kepada keluarganya dia memenangi RM3 juta. Sehari selepas itu, adik perempuannya mahu pulang kononnya ada urusan. 

“Tanpa mengesyaki apa-apa yang pelik terhadap tindakan adiknya itu, mangsa membenarkan adiknya pulang, manakala dia dan keluarga hanya kembali ke rumah sehari kemudian. 

“Sebaik tiba di rumahnya di Batu Belah, di sini, mangsa terkejut selepas mendapati tiket loteri yang diletakkan di dalam almari sudah hilang,” katanya. Sumber berkata, mangsa mengesyaki adik perempuannya menikmati hasil kemenangan. 

Katanya, selepas mengetahui kejadian itu, mangsa kemudian berbincang dengan adiknya dengan harapan wang kemenangan itu dikongsi sama rata, namun adiknya tetap berdegil dan mengaut keuntungan seorang diri. 

“Mangsa yang berang kerana gagal memujuk adiknya, membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Klang,” katanya.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib