Tuesday, 19 March 2013

(16 Gambar) Puteri Sarah Tenang Lepas Bertudung

Puteri Sarah sedih ada yang petikai dia bertudung
SETELAH mengakui hubungannya bersama pelakon, Ammar Alfian, kecundang di tengah jalan, pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana, kini mula berjinak-jinak dengan pemakaian hijab.

Mengakui sudah lama menanam hasrat untuk berhijrah, pelakon drama bersiri, Na O Mei, kini dalam proses percubaan untuk tampil dengan imej bertudung.

"Alhamdulillah, saya memang dah lama nak berhijrah ke arah ini. Saya yakin, inilah masanya untuk saya berubah.

"Lagipun, keluarga saya terutamanya ayah sering menegur dan menasihati saya supaya bertudung.

"Keputusan untuk bertudung juga berkait rapat dengan lakonan saya apabila sejak tahun lalu, saya sering membawa watak bertudung," katanya yang mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarganya untuk berhijrah.

Pun begitu, usaha murni Sarah, 28, mendapat kritikan daripada segelintir pihak apabila keputusannya untuk berubah dipertikaikan.

"Mungkin ada yang nampak saya tidak bertudung sepenuhnya. Saya masih di peringkat percubaan.

"Ada kalanya, saya akan mengenakan tudung litup dan ada kalanya saya hanya berselendang. Pun begitu, ada juga watak saya yang tidak memakai tudung.

"Insya-ALLAH, saya akan tampil dengan imej itu sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Bagilah ruang untuk saya memperbaiki diri dan mempelajarinya secara berperingkat," katanya yang turut mendapatkan nasihat dari segi fesyen bertudung daripada pelakon cantik, Natasha Hudson.-sinarharian

Berikut gambar Puteri Sarah yang sudah berhijab. Sama-sama kita berdoa agar beliau istiqamah dan terus bertudung dan dicontohi oleh artis lain.
















0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib