Saturday, 2 March 2013

(13 Gambar) Rusuhan di Bangladesh Korbankan 21 Orang

Sekurang-kurangnya 21 terbunuh, manakala 300 yang lain cedera dalam rusuhan selepas Tribunal Jenayah Bangladesh menjatuhkan hukuman mati terhadap naib presiden parti pembangkang, Jamaat-e-Islami, Delwar Hossain Sayedee, semalam.

Sekurang-kurangnya 17 ditembak dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di ibu negara itu, semalam.

Pertempuran terbaru tersebut menjadikan angka keseluruhan kematian mencecah 37 orang sejak keputusan pertama diperdengarkan pada 21 Januari lalu.

Ketua polis, Monjur Rahman berkata, dua polis dilaporkan maut selepas dibelasah ribuan penyokong Jamaat apabila penunjuk perasaan bertindak menyerang balai polis di daerah utara Gaibandha.











“Sekurang-kurangnya 10,000 penyokong Jamaat menyerang anggota keselamatan dengan senjata. Kami terpaksa berbalas serangan,” katanya.

Menurutnya, penyokong Jamaat menyangkal keputusan hakim tribunal selepas menuduh keputusan terbabit dipengaruhi campur tangan  penyokong pro-kerajaan.

Sayedee, 73, didapati bersalah melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merompak selain jenayah perang ketika menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971. -sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib