Monday, 4 February 2013

(Video) Gol Ronaldo Memalukan Real Madrid


Cristiano Ronaldo menjaringkan gol sendiri yang juga gol pertama dalam kerjaya bola sepak apabila Real Madrid menanggung kekalahan kelima dalam Liga Sepanyol - tewas kepada Granada 1-0 di laman lawan, kelmarin.

Ronaldo yang menjaringkan keseluruhan 21 gol dalam musim ini tertanduk masuk bola ke dalam gawang sendiri hasil sepakan sudut pada minit ke-22 yang menyentap cabaran anak didik Jose Mourinho ketika ketinggalan 15 mata di belakang kepada pendahulu, Barcelona. 

“Kami bermain permainan yang teruk, saya yang perlu bertanggungjawab,” kata Mourinho.



“Keputusan itu merunsingkan saya. Babak pertama adalah teruk dan kami membaiki di babak kedua, namun itu tidak cukup.

“Granada melakukan pertahanan dengan sepenuhnya, dan motivasi tinggi, dan ini adalah permainan bola sepak yang hebat untuk mereka”.

Real hanya memperoleh 43 mata daripada 22 perlawanan dan kekal empat mata di belakang pasukan tempat kedua, Atletico Madrid. 
REUTERS

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib