Saturday, 16 February 2013

(Video & Gambar) Selangor Berjaya Hampakan Kelantan


GERGASI Pantai Timur, Kelantan terus dirundum malang apabila  tewas 0-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.
Dengan keputusan itu, ia bukan sahaja mengecewakan peminat Kelantan yang berada di stadium, tetapi turut membuatkan The Red Warriors terus kempunan meraih tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.
Dalam perlawanan itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan asakan menerusi K Solohin, tetapi  berjaya ditepis oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan yang turun selaku juara bertahan nyata dilihat pincang apabila hantaran bola di bahagian tengah berjaya dikekang pemain tuan rumah.
Selepas itu, gol awal yang dicari Selangor akhirnya menjelma apabila tandukan Francis Forkey Doe membolosi gawang lawan pada minit ke -12 menerusi hantaran cantik oleh Ramzul Zahini Adenan.
Kelantan yang tersentak dengan jaringan itu mula mangatur langkah dan percubaan Obinna Nwaneri pada minit ke-20 hanya melencong ke kiri tiang gol.
Enam minit kemudian, Selangor sekali lagi menceriakan penonton apabila hantaran menerusi sepakan sudut oleh Mahali Jasuli berjaya ditanduk masuk oleh Ramez Jamal pada minit ke-26.
Gol tersebut begitu pun tidak mematahkan semangat anak didik Bojan Hodak yang terus melancarkan serangan dan berjaya memperolehi peluang.  Sepakan Mohammad Izuan Salahuddin ketika berhadapan dengan Norazlan jauh melewati palang gol.
Bersambung babak kedua, Bojan mula mengatur strategi apabila memasukkan Badhri dan Keita Modjou untuk menguatkan barisan Kelantan.
Ternyata kemasukan dua pemain tersebut telah mengubah corak permainan di bahagian tengah dengan serangan bertali arus,  namun kekentalan pertahanan Selangor mematahkan serangan Kelantan.
Serangan bertali arus Kelantan hampir memperolehi gol pertama melalui Mandjou pada minit ke-56 selepas mendapat hantaran cantik daripada Badhri. Tendangan penyerang tersebut gagal menewaskan Norzlan.
Kelantan terus melakukan pertukaran ketiga dengan mengeluarkan Izuan yang dilihat sedikit keletihan  dan memasukkan Mohd Faiz Subri pada minit ke-75.
Usaha terakhir pelawat mendapatkan gol pertama terus kempunan apabila serangan Mandjou berjaya dipatahkan pertahanan Selangor yang bertindak pantas mengeluarkan bola tersebut.
Barisan pemain Selangor:

Mohd Asraruddin Putra Omar
Ramez Jamal Dayoud
Mohd Nasriq Baharom
Abdul Shukur Jusoh
Solihin Kanasian
Francis Forkey Doe
Mohd Raimi MD Nor
Mahalli Jasuli
NorAzlan Razali
Muhammad Ramzul Zahini Adenan
Veenod Subramaniam

Barisan pemain Kelantan:

Obinna Nwaneri
Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim
Zairo Anuar Zailani
Mohd Shakir Shaari
Mohd Nor Farhan Muhammad
Muhammad Izuan Mohd Salahuddin
Mohd Daudsu Jamaludin
Rizal Fahmi
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Haris Safwan Mohd Kamal
Indra Putra Mahayuddin

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib