Monday, 18 February 2013

TRW Beraksi Habis-habisan Menentang Terengganu


Ketika masalah ketumpulan penyudah jentera serangan Kelantan masih menghantuinya, Bojan Hodak kini berdepan masalah baru - kealpaan benteng.

Kelantan 2013
Ketua jurulatih dari Croatia itu mengakui faktor itu menjadi punca The Red Warriors (TRW) kalah kepada Selangor 0-2 Jumaat lalu selain masalah sama - ketumpulan penyudah jentera serangan.

“Kemelut TRW kini bukan saja membabitkan jentera serangan yang tumpul, tetapi juga benteng pertahanan yang mudah ditembusi hingga memberi peluang kepada lawan menjaringkan gol sebagaimana berlaku ketika menentang Selangor. 

“Namun, saya harap pemain tidak mudah lemah semangat dan tertekan, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan menentang Terengganu Selasa ini (esok). Kita perlu lupakan segala kekecewaan dan bangkit membuktikan kemampuan sebenar,” katanya semalam.
Zairo diharap beri aksi terbaik jika diturunkan
Hodak yang mencipta nama dengan membantu Kelantan menjuarai tiga piala musim lalu mengakui selain berharap jentera serangan bangkit meningkatkan ketajaman, dia berharap pendaftaran kedua pemain April ini mampu membantunya mengatasi posisi berkenaan.

“Sebagai jurulatih, saya bertanggungjawab terhadap segala kelemahan dan berusaha memperbaikinya. Apa saja kritikan akibat kegagalan untuk mempamerkan aksi terbaik, saya terima dan yakin pemain akan bangkit membuktikan kemampuan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib