Saturday, 2 February 2013

Tahniah Datuk Aznil

Pengacara terkenal tanah air, Aznil Nawawi menjadi antara individu yang menarik perhatian daripada 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dalam istiadat penganugerahannya yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Beliau merupakan antara 41 individu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Selain beliau, antara yang turut menerima darjah sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Noriah Hashim; Setiausaha Bahagian (Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaini Arshad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Harjeet Singh Hardev Singh; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Che Azemi Haron dan Pengarah (Bahagian Saraan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Raja Noor Zaedah Raja Ahmad.
Sementara itu, Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu mendahului senarai 283 penerima apabila dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah sama ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Sri Cheng Heng Jem dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dikurniakan SUMW tahun lepas, tetapi tidak dapat hadir, turut menerima anugerah itu kali ini.

Lapan penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri pula ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Long See Wool, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ruslin Hasan.

Penerima lain ialah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Seri Ir Azman Mohd, Pengarah Eksekutif Weststar Group of Companies Datuk Seri Syed Azlan Syed Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Seramai 28 penerima dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW), 45 penerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 73 penerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 85 penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
-sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib