Saturday, 9 February 2013

Setia Hujung Nyawa Catat 4 Juta Penonton


Selepas Nora Elena, Tentang Dhia dan Julia, slot Akasia terus menjadi perhatian dan meninggalkan kesan apabila drama bersiri Setia Hujung Nyawa turut mencetus fenomena selepas mencipta rekod dengan tontonan mencecah empat juta.

Drama lakonan Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Zila Bakarin, Raja Ema dan Chacha Maembong itu mencetuskan satu lagi fenomena menerusi episod terakhir yang ditayangkan kelmarin di TV3 meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.5 juta (16 TVR) atau 58% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9 Sherina Nordin, secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Setia Hujung Nyawa mencecah 4 juta.

“Lebih dua juta tontonan video secara ‘catch-up’ direkodkan sepanjang enam minggu siaran drama ini berlangsung di TV3 dan Tonton. “Menerusi capaian TV Everywhere di portal Tonton saja, 326,000 tontonan dicatatkan. Manakala 700,000 unit paparan halaman (page views) turut dilihat menerusi laman Setia Hujung Nyawa yang diwujudkan khas untuk peminat drama popular ini.

“Sejak mula bersiaran pada 24 Disember lalu hingga episod terakhir semalam, drama rantaian 28 episod ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan saja di kaca televisyen dengan purata 2.8 juta setiap episod. “Malah, pengaruhnya terus hangat diperkatakan saban hari menerusi media komunikasi alam maya seperti Facebook, Twitter dan blog tempatan,” katanya.

Bagi menguatkan rating, sesi ‘Live Chat’ yang menampilkan pelakon utama Setia Hujung Nyawa iaitu Nelydia Senrose dan Amar Asyraf diadakan menerusi portal TV3 turut mencatatkan kejayaan luar biasa dengan jumlah kunjungan sebanyak 25,462 pelawat dan jumlah paparan halaman yang dilihat menjangkau 63,570 unit mengatasi drama Nora Elena sebelumnya dengan peningkatan jumlah kunjungan 31% berbanding 19,435 dan 102% berbanding 31,458 unit pelawat. (Sumber: Omniture) “Selepas Setia Hujung Nyawa, slot Akasia meneruskan siaran drama terbaru iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi bermula Isnin ini (11 Februari),” katanya.
-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib