Sunday, 10 February 2013

Ronaldo Bersedia Malukan MU


Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sudah tidak sabar untuk menewaskan bekas kelab, Manchester United pada aksi kalah mati pertama Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi Khamis ini.
Ronaldi berkata, dia berdoa untuk bertemu bekas rakan-rakan sepasukannya pada Disember lalu.
"Saya pernah memberitahu sebelum ini bahawa saya yakin kami akan diundi bertemu dengan United.
"Saya mahu bertemu dengan mereka ketika saya bersama Real.
"Saya mempunyai kenangan manis ketika berada di sana. Saya menghabiskan enam tahun bersama United.
"Saya turut memiliki ramai kawan dan sudah tentu pertembungan menentang United sangat emosi buat saya," kata penyerang kelahiran Portugal itu.
Sementara itu, nasib kedua-dua pasukan sangat berbeza dalam saingan liga domestik.
Ketika ini, United mengungguli kedudukan teratas Liga Perdana England selepas memiliki kelebihan sembilan mata di depan pencabar terdekat, Manchester City manakala Real ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona.
Begitupun, Ronaldo yakin Real akan memberikan tentangan yang sengit kepada United dalam usaha menutup persembahan hambar kelab gergasi Sepanyol itu.


"United adalah sebuah pasukan yang cukup baik. Setiap tahun prestasi mereka sangat cemerlang dan kami amat menghormati United.
"Ia bakal menjadi satu perlawanan yang sukar terutama (aksi kedua kalah mati) di Old Trafford pada pertemuan kedua.
"Saya percaya ia akan berjalan dengan lancar. Pada pendapat saya, Real adalah pasukan lebih baik tetapi kami akan membuktikan status itu ketika beraksi di atas padang," katanya. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib