Tuesday, 19 February 2013

Psy memang terima ugutan bunuh-Polis


Polis mengesahkan penyanyi popular Korea Selatan, Psy, yang membuat persembahan di negeri ini sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia, Isnin lalu, menerima ugutan bunuh. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, yang mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai ugutan bunuh itu menerusi satu SMS yang dihantar pengurus penyanyi berkenaan pada malam sehari sebelum dia membuat persembahan di negeri ini. 

Beliau berkata, polis terpaksa melakukan kawalan ketat dengan menempatkan 11 anggota mengiringi penyanyi berkenaan sepanjang berada di negara ini bagi memastikan keselamatannya terjamin. 

“Saya menerima SMS ini kira-kira jam 8.30 malam sehari sebelum Psy membuat persembahan di negara ini. Justeru, bagi memastikan keselamatan penyanyi antarabangsa itu terjamin kita menyediakan kawalan ketat sejurus beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). 

“SMS berbahasa Inggeris yang dihantar pengurus Psy itu juga meminta supaya kita berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui selepas Program Sahsiah Murid Tahun 2013 di Sekolah menengah Kebangsaan Agama Al Irshad, di sini, semalam.
-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib