Tuesday, 19 February 2013

Pertemuan Jaguh Pantai Timur Pasti Menarik


Sejarah pertemuan kedua-dua pasukan amat menarik jika diperhatikan. Dua pasukan ini mempunyai rekod yang seimbang tetapi lebih memihak kepada pasukan Kelantan. Disebalik itu ada persamaan antara Kelantan dan Terengganu iaitu pemulaan liga super yang perlahan dan hanya dibezakan satu mata pada kedudukan semasa liga.

Tiada siapa lagi berhak mendabik dada apabila Kelantan dan Terengganu bertembung di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. 

Jika sebelum ini, kedua-dua pasukan turun untuk menentukan siapa sebenarnya jaguh Pantai Timur dan bersaing di puncak persada liga, tetapi kini The Red Warriors (TRW) dan Penyu, sama-sama hampir lemas di dasar liga serta tertekan untuk mencari kemenangan kedua dalam saingan liga selepas enam perlawanan. 
Terengganu menjalani latihan
Ketua jurulatih Terengganu, E Elavarasan, menyedari perlawanan menentang jiran dan lawan, Kelantan, jauh lebih penting daripada hanya satu perlawanan bola sepak kepada penyokong fanatik kedua-dua pasukan. 

“Saya diberitahu ‘derby’ Pantai Timur antara Terengganu dan Kelantan bagaikan penentuan hidup dengan mati satu masa dulu dan pemenang mendapat hak untuk mendabik dada. 

“Kali ini, ia masih seperti penentuan hidup dan mati, cuma bezanya tiga mata yang bakal diperoleh pemenang lebih penting kerana hak mendabik dada tidak mempunyai erti jika pasukan berada di tangga tercorot liga,” katanya semalam. 

Kelantan semasa latihan
Sementara itu, kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengakui dia dan rakan sepasukan akan turun dengan misi menamatkan kemarau tanpa kemenangan TRW dalam pertembungan ‘derby’ itu selepas gagal mencipta kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini. 
“Kami ada kelebihan beraksi di tempat sendiri dan perlu bermain baik untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan. Beliau yakin Kelantan bersedia untuk menerima kedatangan pasukan pelawat yang diketuai oleh pemain pertahanan Terengganu Faizal Mohammad. 

“Memang tidak dinafikan saya masih belum cergas sepenuhnya, namun saya tetap bersemangat membantu pasukan. Badi ketumpulan barisan depan harus diatasi segera dan elak daripada terus ketinggalan dalam liga,” katanya.
-teks bh,gambar Terengganu fc, Kelantan fa

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib