Thursday, 28 February 2013

Penyokong Kedah Naik Angin


Penyokong Kedah menuntut FAM menilai prestasi pengadil yang mengendali perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Kedah dan Johor Darul Takzim di Stadium Darulaman, kelmarin. 

Presiden Kelab Penyokong Kedah, Nor Asmadi Hamzah berkata, mutu pengadilan pada perlawanan itu amat lemah dan tidak setaraf pengadil profesional.

Beliau berkata, FAM perlu merujuk rakaman perlawanan bagi melihat tahap pengadil yang mengendalikan perlawanan itu.

“Kalau FAM tak ambil kisah mengenai mutu pengadilan, tahap bola sepak negara tak akan meningkat,” katanya.

Penyokong Kedah mendakwa kekalahan pasukan mereka disebabkan mutu pengadilan yang lemah.

Aksi Kedah dan Johor DT
Mereka berang dengan beberapa keputusan pengadil dan bertindak mengadakan demonstrasi aman di luar stadium bagi membantah perkara itu.

Kedah tumpas 4-5 menerusi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit dan 30 minit masa tambahan.

Kedah mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan penyerang Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit kelapan dan ke-21 manakala dua gol Johor Darul Takzim dihasilkan bintang import, Danial Guiza m-69 dan 89. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib