Wednesday, 27 February 2013

Pasukan Pilihan Tepati Ramalan Ke Suku Akhir

PAHANG, Johor Darul Takzim (JDT), dan Sarawak turut mengesahkan slot suku akhir Piala FA selepas menewaskan lawan masing-masing, malam tadi.

Keputusan itu membuatkan mereka mengiringi Sime Darby, Negeri Sembilan, dan Terengganu yang terlebih dahulu mengesahkan tiket ke suku akhir, petang semalam.


Terengganu pula berpesta gol selepas membelasah Pulau Pinang 3-0 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.
Tiga gol Terengganu dijaringkan oleh Ashaari Shamsudin pada minit ketiga, minit ke-58 dan Khairul  Ramadhan pada minit ke-74.
Sementara itu, Negeri Sembilan turut mempamerkan aksi cemerlang apabila mengetepikan Pos Malaysia 2-0 di Stadium MP Selayang.
Gol Negeri Sembilan disumbangkan oleh Fauzi Nan pada minit ke-26 dan Rashid pada minit ke-44.
Dengan keputusan itu, Negeri Sembilan dan Terengganu akan bertemu di suku akhir.

Dalam perlawanan itu, Pahang mempamerkan aksi cemerlang apabila berpesta gol dengan membelasah Tentera Darat 7-1 di Stadium Darul Makmur.

Dalam saingan suku akhir, Pahang akan berdepan dengan Sime Darby selepas mereka mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Turut mara ke suku akhir ialah JDT yang menundukkan Kedah menerusi sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Pasukan bimbingan Fandi Ahmad bagaimanapun berdepan laluan getir kerana akan bertemu juara lima kali Piala FA, Selangor pada saingan suku akhir yang bakal berlangsung pada 6 dan 16 April.

Sarawak turut menempah slot ke suku akhir dengan mengalahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP FC) 2-0 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Sementara itu, perlawanan antara juara bertahan Piala FA Kelantan menentang PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu terpaksa dibatalkan akibat hujan berterusan.


BERIKUT keputusan penuh pusingan kedua bola sepak Piala FA dalam perlawanan di beberapa venue hari ini:
  
  
    T-Team            0     Sime Darby FC          1
  
    Pulau Pinang      0     Terengganu             3
  
    Pos Malaysia FC   0     Negeri Sembilan        2  

    Sarawak           2     PBAPP FC               0
  
    Pahang            7     Tentera Darat FC       1
    Kedah             2     Johor Darul Takzim FC  2 (Johor Darul Takzim FC mara ke separuh akhir selepas mengalahkan Kedah 5-4 menerusi sepakan penalti)
  
    (nota: perlawanan antara Kelantan dan Selangor PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dibatalkan ekoran hujan lebat)

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib