Sunday, 24 February 2013

Mufti Perak kata PAS lebih teruk daripada kafir


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Katanya, sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. 

Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.

“Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.

“Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.

Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai akhlak pemimpin PAS.

“Biarlah mereka dengan dosa mereka dan orang ramai akan menilai akhlak mereka,” katanya apabila ditanya sama ada penerima BR1M wajar diumpamakan seperti itu.
Katanya, pemberian bantuan oleh Kerajaan tanda komitmen memenuhi janji mengembalikan hak rakyat.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib