Saturday, 9 February 2013

Lima bintang untuk Honda City

Honda Malaysia mengumumkan model Honda City telah diiktiraf lima bintang untuk penarafan keselamatan tertinggi bagi kanak-kanak pada ujian kemalangan Program Penilaian Kereta Baru Asia (NCAP).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, aspek keselamatan adalah komitmen utama yang dititikberatkan dan Honda sentiasa mematuhi peraturan baru ditetapkan.

“Kami gembira dengan pengiktirafan yang diberi. Ujian kemalangan ini mengesahkan lagi piawaian keselamatan yang terdapat pada model Honda City semasa berada di atas jalan raya.

“Malah, kesemua piawaian keselamatan pada kereta Honda memenuhi syarat Suruhanjaya Ekonomi PBB Eropah (UNECE) R94 dan R95. Kami komited untuk terus melakukan penyelidikan dan pembangunan teknologi terkini bagi meningkatkan lagi keselamatan pemandu dan penumpang,” katanya.

Sementara itu, sempena meraikan kejayaan dan musim perayaan yang bakal tiba, Honda Malaysia menawarkan Promosi Tahun Baru Cina untuk Honda City 1.5 Liter varian S dan E.

Pemilik Honda City baru yang dipasang pada tahun lalu berpeluang menikmati subsidi ansuran percuma bernilai RM3,500 atau menerima RM2,600 rebat bonus tahun baru serta paket kemakmuran dengan jumlah sehingga RM5,500.

Manakala, bagi pemilik Honda City yang dipasang tahun ini akan menikmati rebat bonus dan paket kemakmuran bernilai RM2,388.
-sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib