Sunday, 17 February 2013

Johor DT Kutip 3 Mata, Pahang Rebah Di Singapura


Hajat Pahang untuk kembali menghuni tangga teratas Liga Super selepas dirampas Selangor, malam kelmarin tidak kesampaian apabila tewas 3-0 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Malah, skuad kendalian Dollah Salleh itu turut dipintas Lions XII apabila kedua-dua pasukan terikat 12 mata hasil empat menang dan dua tewas tetapi Lions XII memiliki kelebihan perbezaan gol. 


 Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) mengekalkan rekod bersih di laman sendiri selepas menang tipis 1-0 ke atas T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. 

Jaringan tunggal yang dihasilkan bintang Sepanyol, Daniel Guiza pada babak pertama sudah memadai buat skuad yang bergelar Harimau Selatan mengutip tiga mata, tatkala tanpa kelibat Aidil Zafuan Abd Radzak yang mengalami kecederaan.

Perlawanan antara FELDA United dan PKNS pula bekesudahan PKNS menang 3-1 Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang semalam. 


Selain itu, impian Negeri Sembilan untuk meraih kemenangan pertama musim ini gagal apabila seri 1-1 dengan Tentera dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi. 

Negeri Sembilan bermula agresif apabila melakukan serangan bertali arus menerusi gandingan Mohd Firdaus Azizul dan Shahurain Abu Samah selepas penyerang import Emanuel Matias De Porras tidak diturunkan, namun beberapa peluang di depan gawang lawan, gagal dimanfaatkan. 

Berikut dipaparkan keputusan penuh perlawanan semalam.

Johor darul Takzim Lwn T-Team 1 - 0
FELDA United Lwn PKNS 1-3
Negeri Sembilan Lwn ATM 1-1
Lions XII Lwn Pahang 3-0
Terengganu Lwn Perak 2-0
Selangor Lwn Kelantan 2-0


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib