Tuesday, 26 February 2013

Harga Petrol Malaysia Paling Murah Di Asia Tenggara


Harga minyak di negara ini adalah paling rendah di Asia Tenggara, berikutan subsidi berbilion ringgit disediakan kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Tahun lalu saja, kerajaan memperuntukkan RM20 bilion dalam bentuk subsidi bahan petroleum, manakala pada 2011 sebanyak RM20.1 bilion. Jumlah itu meningkat 58.7 peratus berbanding 2010 iaitu hanya RM8.25 bilion disebabkan kenaikan harga bahan api itu. 
Berikutan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk menurunkan lagi harga minyak sebagai tidak rasional. 

“Dia (pembangkang) juga tidak menetapkan kadar sebenar penurunan yang ingin dibuat. Jika mereka menurunkan harga minyak 20 hingga 50 sen, maka kerajaan perlu menyediakan tambahan subsidi RM5.2 bilion hingga RM13 bilion setahun, tambahan kepada kira-kira RM20 bilion subsidi yang diberikan sebarang.

“Janji ulangan pembangkang itu tidak munasabah dan hanya akan meningkatkan beban kewangan melalui perbelanjaan subsidi yang perlu ditanggung negara.

“Subsidi akan meningkat, sekali gus menghapuskan pelbagai manfaat dirasai rakyat. Tindakan pembangkang mengitar semula janji seperti mana manifesto Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-12), menunjukkan ia tidak akan mampu dicapai.

“Kenapa mereka tidak berani mengumumkan kadar pengurangan harga minyak yang bakal dilaksana? Ini menunjukkan manifesto mereka sekadar bagi meraih undi,” katanya kepada BH, semalam.

Ismail Sabri juga menyifatkan manifesto pakatan pembangkang itu satu lagi pembohongan kerana tahu manifesto dicanang mereka bukan janji dan tidak perlu ditunaikan seperti diakui sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, baru-baru ini.

Katanya, pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu meringankan beban rakyat lebih praktikal dan munasabah, membabitkan bantuan secara terus kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Lagipun, kalau dikurangkan harga minyak, yang untung bukan orang miskin... hanya orang kaya berkereta mewah,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencabar pembangkang mengeluarkan formula kaedah penurunan harga bahan petroleum.-berita harian

2 comments:

  1. xnk wt ke minyak petrol 1 malaysia?? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg semua rakyat tungguuu... hehehe

      Delete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib