Tuesday, 26 February 2013

Fakri Saarani Bakal Ganti Siapa?

Fakri Saarani
Berita bekas pemain Felda United Ahmad Fakri Saarani pulang ke Malaysia dan menyarung jersi pasukan Liga Super pada bulan April depan sudah heboh diperkatakan oleh peminat sukan tanah air. Ahmad Fakri yang menandatangani kontrak enam bulan dan beraksi bersama Atletico sejak bulan lalu disahkan sudah menandatangani kontrak dua musim dengan Kelantan, sekali gus akan beraksi bersama The Red Warriors (TRW) sebaik pendaftaran kedua pemain dibuka, April ini. 

Kemasukan penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bersama Kelantan sudah pasti menambahkan sengat dibahagian jentera serangan.

Walaupun ketajaman gerakan penyudah pemain import, Keita Mandjou sebelum ini dikritik hebat, namun kejayaan menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir menutup segala diperkatakan.

Kini timbul pelbagai persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya The Red Warriors.

Bukankah dia sedang beraksi bersama Kelab Athletico di Portugal dan persoalan utama siapa pula pemain sedia ada bakal digugurkan menjelang pendaftaran pemain baru yang dibuka, April nanti.

Berdasarkan peraturan semasa FAM, setiap pasukan hanya boleh daftar 25 pemain termasuk dua import untuk Liga Malaysia. Jadi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) perlu 'mengorbankan' pemain tempatan di posisi serangan.

Penyertaan Ahmad Fakri bersama Kelantan disahkan sendiri Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa melalui laman Facebooknya dan pemain yang berasal dari Kelantan ini akan mewakili TRW, April depan.



Keita Mandjou mula menjadi
Namun, siapa pula bakal disingkirkan? Mungkinkah pemain baru, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal atau pun anak tempatan dari Piala Presiden, Mohd Aris Zaidi.

Melihat persembahan selepas beberapa perlawanan, kehadiran Haris Safwan masih belum beri impak selain pergerakannya belum serasi dengan corak permainan kendalian Bojan Hodak.

Bagi Aris Zaidi, kebolehannya belum diuji sepenuhnya memandangkan dia hanya turun pada baki 10 minit terakhir.

Namun kenyataan Annuar sebelum ini yang mahu anak tempatan diberi keutamaan, Aris mungkin terselamat, namun Hodak perlu bijak membuat percaturan bagi memastikan kemasukan Ahmad Fakri dan perubahan taktikal yang dirancang mampu meningkatkan semula prestasi Juara Treble 2012 itu. -sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib