Thursday, 28 February 2013

Duti Import Kereta Dihapuskan Pada 2016


Semua jenis model kereta yang diimport dari Jepun dan Australia tidak akan dikenakan sebarang duti import menjelang 2016.

Berikutan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan kini sedang menurunkan duti tersebut secara berperingkat bagi mengelakkan kesan buruk terhadap industri automotif negara.

"Sebenarnya, harga beberapa model kereta baru sudah diturunkan antara tiga hingga lima peratus sejak suku akhir tahun lalu, di mana kebanyakan harga model pengeluar peralatan tulen (OEM) sudah dikurangkan antara RM2,200 hingga RM17,000," katanya pada sidang akhbar mengumumkan Pelan Penurunan Harga Kereta di sini hari ini.

Mustapa berkata, penurunan harga itu hasil daripada langkah kerajaan untuk menjadikan industri automotif lebih efektif dan kompetitif.

Katanya, satu daripada faktor yang menyumbang ialah pelaksanaan perjanjian Zon Perdagangan Bebas ASEAN. -utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib