Tuesday, 12 February 2013

Buaya terbesar dunia mati di Filipina


Buaya yang diiktiraf sebagai buaya air masin paling besar di dunia mati kelmarin selepas ditemui dalam keadaan terlentang dengan perut kembung di sebuah di kolam di taman eko pelancongan Bunawan Filipina kelmarin.

Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde berkata buaya yang dikenali sebagai Lolong, mengambil sempena nama salah seorang pegawai hidupan liar yang mati ketika dalam perjalanan ke Bunawan, menjadi tarikan utama pelancong sejak ditangkap 17 bulan lalu.
Kematiannya mencetuskan perasaan sedih dan suasana murung di kalangan penduduk tempatan.


Ketika bercakap pada sidang akhbar di wilayah Agusan del Sur kelmarin, Elorde berkata pihaknya bercadang mengadakan upacara khas sebelum bangkai Lolong diawet di sebuah muzium tempatan sebagai peringatan.

Seluruh bandar dan wilayah ini bersedih dengan kematian Lolong, katanya yang menambah, buaya berkenaan berusia kira-kira 50 tahun.

Guinness World Records mengisytiharkan Lolong sebagai buaya air masin dalam kurungan terbesar di dunia dengan ukuran 6.17 meter (20.24 kaki), mengatasi seekor buaya Austrlia panjangnya lima meter (17 kaki) dan berat hampir satu tan.
-bh

1 comments:

  1. bukan ada lagi besar?nenek buaya yg dijumpai di sabah.tahun 2010 tak silap. cube search utube. ekor dia saja dah sebesar dan setinggi org dewasa.perghhhh

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib