Thursday, 28 February 2013

Bn Dicabar Debat Manifesto - Pakatan

Rafizi Ramli
Pakatan Rakyat (PR) mencabar Barisan Nasional (BN) terutamanya Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai sumber kewangan manifesto pihaknya yang didakwa tidak relevan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, apa yang dibentangkan dalam manifesto PR, yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, adalah berdasarkan kajian dan kiraan pakar ekonomi bukannya hanya janji manis untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita sedia debat dengan pemimpin BN mengatakan manifesto kita tidak bagus, dan mereka juga perlu berani bentangkan aliran perbelanjaan dalam manifesto mereka seperti mana kami lakukan.

“Manifesto ini berbeza dengan sebelum ini, kita ubah strukturnya tetapi memberi kesan kepada semua. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan ‘gula-gula’ kerajaan BN kerana ia merangkumi pelbagai pihak termasuk peminat K-Pop sekali pun,” kata beliau semalam.

Menurut Rafizi, setiap program dalam manifesto PR telah dikira anggarannya berdasarkan aliran tunai tahunan.

"PR amalkan 'open book' yang mana menjelaskan setiap aliran tunai yang dibelanjakan dan kita cabar BN dedahkan aliran tunai seperti mana yang dilakukan PR," katanya.

Beliau berkata, tiga sumber utama kewangan manifesto ini adalah berdasarkan perbelanjaan berhemah, perbelanjaan dengan membanteras rasuah menyusun keutamaan perbelanjaan, dan peningkatan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

“Angka yang tepat penting bagi tujuan diskusi yang bermakna, bukan angka yang menakut-nakutkan rakyat,” katanya.

Rafizi berkata, PR gembira apabila ada pihaknya bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati dengan manifesto yang dibentangkan itu, kerana tidak menyentuh kumpulan-kumpulan tertentu.

“Ini maknanya mereka juga mahu sertai kami dalam melangkah ke arah Malaysia Baru,” katanya.

Melalui pembentangan itu, PR  menyasarkan penjimatan RM49.5 bilion setahun untuk menampung perbelanjaan program dan projek kerajaan yang berjumlah RM45.8 bilion setahun daripada perolehan keseluruhan RM206.4 bilion jika berjaya menawan
Putrajaya.

Menurut Rafizi, jumlah itu adalah penjimatan sebanyak 24 peratus perbelanjaan pembinaan jalan raya di Selangor dari Januari hingga September 2012.

Dalam manifesto yang dilancarkan PR Isnin lalu, PR menyasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan.

Selain itu, PR juga mahu menghapuskan tol, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga kereta, caruman wanita nasional dan 20 peratus dividen kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sementara itu, Rafizi juga menyebut, akan menyingkirkan polisi ekonomi Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika PR berjaya menawan Putrajaya kerana polisi yang ada tidak lagi relevan.

“Kita akan bergerak dari dasar berasaskan kaum kepada dasar berasaskan keperluan yang seterusnya tidak akan menggunakan DEB.-sinar

“Akan tiba masanya apabila semua dasar ekonomi berasaskan kaum tidak lagi relevan,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden PKR, Tian Chua; ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Zulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib