Saturday, 2 February 2013

(5 Gambar) David Beckham Sertai Paris Saint-Germain 5 Bulan

Bekas pemain tengah Los Angeles (LA) Galaxy, David Beckham membuat keputusan yang tepat apabila menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain pada hari terakhir musim perpindahan pemain semalam.

Selain dianggap sebagai satu lonjakan publisiti bagi PSG yang terdesak untuk meningkatkan profil antarabangsanya, kehadiran Beckham juga tepat pada masanya untuk memberi suntikan kepada liga domestik di Perancis.
Dari aspek bola sepak, tidak ada petanda awal mengenai keputusan PSG untuk menandatangani bekas Manchester United dan Real Madrid itu yang akan mencapai usia 38 tahun Mei depan, sekali gus menjadi pemain tertua dalam Liga Perancis.
Beckham hanya bersetuju untuk menandatangani kontrak selama lima bulan bersama pendahulu Liga Perancis itu dan mengakui dia perlu masa beberapa minggu sebelum beraksi sepenuhnya.
Selepas itu, dia perlu bersaing sengit untuk mengisi tempat di posisi tengah PSG.



Bagaimanapun, Beckham memberi bayangan untuk melanjutkan kerjasama dengan kelab tersebut selepas kontraknya tamat musim panas ini dan mungkin dia memainkan peranan sebagai duta.
"Saya tidak nampak ia seperti projek jangka pendek.
"Saya hanya menandatangani kontrak sehingga akhir musim ini tetapi saya menganggap diri saya sebahagian daripada masa depan kelab. Saya boleh membantu meningkatkan kelab dan Liga Perancis.
"Tidak ada perbincangan mengenai tugas jangka panjang saya di kelab tetapi saya rasa, hubungan jangka panjang adalah keutamaan kami."
Pada masa sama, Beckham turut bercakap secara diplomasi mengenai corak permainan di Perancis secara keseluruhannya. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib