Monday, 25 February 2013

Ashari Shamsuddin Mahu Kekalkan Aksi Cemerlang

Ashari ketika mewakili Malaysia

Selepas berjaya mengalahkan ATM, pemain sayap kiri Terengganu, Ashari Shamsuddin ataupun lebih dikenali sebagai 'Saha' bertekad mahu mengekalkan prestasi terbaikya dalam aksi seterusnya. Biarpun prestasi Terengganu dalam saingan Liga Super ‘ala yo-yo’, namun penyerang Ashari Shamsuddin menaruh keyakinan tinggi betapa pasukannya mampu menewaskan Pulau Pinang dalam pusingan kedua, Piala FA di Stadium Bandaraya, esok. 

Aksi Ashari bantu kalahkan ATM
Pemain kebangsaan berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengingatkan rakan sepasukannya tidak sesekali memandang rendah keupayaan skuad Pulau Mutiara yang kini beraksi dalam Liga FAM dan perlu berusaha memastikan skuad Penyu tidak menangis di laman lawan.

Ashari juga mahu rakan sepasukan mengekalkan rentak permainan seperti yang dipamerkan ketika mengejutkan pendahulu Liga Super Tentera 3-2, petang kelmarin selain berhasrat menambah koleksi gol peribadinya selepas menyumbang dua gol pada pertemuan itu. 

Ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2011
“Saya bersyukur kerana dua gol yang dihasilkan pada perlawanan itu membantu pasukan mencatat kemenangan sekali gus meraih tiga mata penuh. 

“Namun, apa yang penting saya harap kemenangan mengejut itu menyemarakkan semangat pasukan untuk menewaskan Pulau Pinang dalam pusingan kedua Piala FA Selasa ini sekali gus melangkah ke suku akhir,” katanya semalam. 

Skuad bimbingan E Elavarasan itu melangkah ke pusingan kedua selepas menjinakkan SPA Kuala Lumpur 3-1, manakala Pulau Pinang menewaskan Polis 2-1.-beritaharian

1 comments:

  1. KUALA LUMPUR: Perlawanan peringkat kumpulan minggu pertama berakhir dimana kita dapat menyaksikan pasukan - pasukan yang bertanding telah membuat persediaan rapi untuk Kejohanan Ragbi KRM Liga Super kali ini. Juara tahun lepas, pasukan Cobra tarik nafas lega apabila telah dapat menewaskan pasukan Bandaraya Dragons dengan mata kemenangan sebanyak 10 berbalas 8 dalam perlawanan Kumpulan A Kejohanan Ragbi KRM Liga Super 2013 yang diadakan di padang Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

    Kemenangan pasukan Cobra yang dibimbing oleh Mohd Romli Saad amat bermakna apabila gandingan mantap pemain pemain baru dan berpengalaman berjaya mengekang asakan pasukan lawan. Sementara itu, Pasukan Keris Conlay mengenepikan RMAF Blackhawks dengan kutipan mata sebanyak 33 berbalas 24 dalam saingan awal Kumpulan B ditempat yang sama.

    Baca artikel selanjutnya...

    Video@Sukandaily
    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Super - Sabah Eagles vs NS Wanderers

    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Club - Hong Kong vs SSTMI Express

    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Plate - Liga Super - Keris Conlay vs Bandaraya Dragons

    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Colts - SSTMI Panthers vs Smookies

    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Club - Navy ORCA vs Majlis Perbandaran Klang

    HSBC Asian 5 Nations 2012 - Akhir: Malaysia vs Thailand

    HSBC Asian 5 Nations 2012 - Separuh Akhir: Malaysia vs China

    Kejohanan Ragbi Prince Cup 2012: NS Wanderers vs Kelab Diraja Selangor







    www.sukandaily.com.my
    Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Keputusan | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib